MY BLOG POST

get this widget here

Pengikut

Khamis, 16 Februari 2012

..kenapa..

Kenapa aku harus sedih..
Kenapa aku sgt cemburu dgn keadaannya sekarang..
Kenapa dia perlu buang aku dan anak dlm kndungan ni..
Kenapa aku rasa dia bukan milik aku..
Kenapa dugaan ini sgt berat utkku...
Kenapa aku perlu sedih bila dia tak amek berat akan aku dan ank dlm kndungan..

Rabu, 15 Februari 2012

;-(


Salam... lama benar aku xpost kan entri aku kat blog ni..
Aku sudah berkahwin hampir 3bulan.. masing-masing pasangan yg baru mcm
aku semuanya sedang bahagia..
namun,,
tidak dengan aku...mungkin ini dugaan yang Allah swt letakkan utk aku..Aku terima dengan perit
walaupun hati aku terlalu sedih dan sebak..
Aku sedang mengandung dan juga dah hampir 3bulan..
Sejak 01/02/2012 hidup aku xseceria aku yg dulu..
Aku yg dulu penuh dgn mulut byk, ckp byk, suka buat lawak..
Tapi..aku dh lain...Ya, aku dpt alahan yg teruk semasa 3bln ni..
Sikit2 aku tempuh utk sihatkan anak aku..atas jagaan keluarga aku.. (thanks semua)
Aku bangun walaupun terasa nak jatuh..
Aku berjalan walaupun aku tidak kuat...
Tapi...hati aku menangis...
Hanya Allah swt yg tahu betapa peritnya hidup yg aku lalui sekarang..
Ya, aku dh ada suami sekarang...
Tapi aku jauh darinya..
Aku xmcm pasangan suami isteri yg lain..
Aku doakan dia bahagia bersama keluarga dan org2 yg dia sayang..
Kenapa aku sering dipersalahkan??
Mungkin sapa pn xtau.. betapa tulusnya hati aku pada dia..
Hingga akhir nafasku..aku tetap menunggu dia pulang bersamaku..
Terima kasih utk segalanya abg...
Ya Allah, berikan aku kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam mengharungi
hidup2 ku ini .. berikan lah kesihatan yg baik buat anak dalam kandungan ku ini....
kau bukakan lah pintu hati suami ku utk kembali bersama ku..
sesungguhnya aku sangat sayang dan cintakan dia lebih dari nyawaku sendiri..
Berikan lah dia petunjuk untuk melalui liku2 hidup ini..sesungguhnya aku ini sangat memerlukan dia...
begitu juga anak dalam kandungan ku ini sangat memerlukan belaian seorang "ayah"..
AMIN..

***bukan nak cakap hal rumah tangga dalam blog, tapi blog aku ini adalah diari hidup aku... aku luahkan dengan hati aku yg ikhlas, bukan tujuan untuk tontonan umum, jgn salah sangka kepada sesiapa yg masuk blog aku***

^i always love him^

[i love u]
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Khas Buat Suami Ku

Isnin, 13 Februari 2012

^terima kasih^

SUMPAH sampai aku mati aku xkan tgk muka dia..
jgn hina org2 yg aku sayang..
ingat anda ! ini hari anda letakkan org di bawah..satu hari anda akan tahu balasan dari Allah swt..
aku xmau ckp bukan2,aku tgh mengandung sekarang..
aku cuma nak jaga kandungan aku bg elok..
aku hrp bila ank aku dh dilahirkan, ank aku xkn jd seperti dia yg kejam itu..
amin..
Ya Allah.. mudah2an jodoh aku bersama suami akan kekal dan bahagia bersama anak yang bakal dilahirkan..Sesungguhnya, aku sangat sayang padanya...
Aku sayang sangat dengan keluarga aku, mak ayah, kakak2 dan adik2...

Isnin, 21 November 2011

ha!! sudah jadi puan kah saya?








Salam semua...
Rasa mcm terkejut sgt...sudah bertukar status cik ke puan..
Pada 19/11/2011 aku dan mr s sudah sah dan di ijab kabul selepas Asar jam 5petang..
Aku kini isteri kepada mohd shahrizal ;-)
Aku mendoakan hubungan suami isteri kami ini akan mendapat keberkatan daripada keberkatan Allah swt..
Moga kami dipjgkan jodoh dan dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah di masa depan..
Terima kasih yg xterhingga kepada semua yg terlibat dalam majlis pernikahan aku ini..
Jika ada kekurangan , aku memohon ampun dan maaf ;-)
Thanks semua yer ..

Ahad, 13 November 2011

^10/11 besday saya^

:-(
Thanks pada sesiapa yang berikan ucapan dan mendoakan saya..
tak di sambut ok !
okbai..

Rabu, 9 November 2011

^ooppss ! Banyaknya habuk blog nih !^

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera...
Rasanya dh lama kot aku x post kan entri terbaru kt blog ni..
Actually aku sibuk dengan persiapan utk wedding aku..aku sibuk dengan keje aku di opis...huh ! syok ada tekanan pn ada lah... Sebenarnya, dugaan demi dugaan datang pada aku, tapi besar harapan aku dan moga aku dapat tempuhi dugaan dengan penuh kesabaran :-)
Datang satu masalah, bila settle ada lagi masalah..mungkin ini dikatakan dugaan semasa bertunang kan?
Tapi..xpa lah ini pengajaran buat hidup aku...
Dan , aku sedikit terkilan, aku tertnya2 jugak,,,apa salah aku pada dia?
Kenapa harus berlaku mcm ni? Seyes, aku sedih dengan caranya..tp xpalah, aku amek hati dengan sikap dan caranya buat pada aku dan family aku... "maafkan irah dan family jika irah ada wat salah dan silap,dari hujung rambut sampai hujung kaki,...irah harap kita nak duduk satu family kita dapat buangkan segala kemarahan dan xpuas hati tu sesama sendiri ok.... maafkan irah ok..irah sayang family mr s dan dh anggp mcm keluarga sendiri...xnak mrh2 ek :-)" haa, lgi satu, rasa susah hati jer bila tgk keadaan mak yang xberapa sihat..aku doakan mak akan sihat2 selalu..AMIN :-) untuk semua yg masuk blog aku ni...doakan majlis pernikahan dan majlis perkahwinan aku berjalan dengan lancar yer... mudah2an aku dan mr s akan bahagia ke akhir hayat...AMIN. opppsss ! terlebih sudah... itu saja utk hari ni.okbai !!

Jumaat, 7 Oktober 2011

:'(

Morning !
Rasanya dh lama kn aku x tgk2 blog aku ni..
aku ada terbaca dalam satu laman di FB (Malaysian Community)..
Rasa sedih dan sayu jer..
Best sgt apa yg di post kan tu..jap erk aku copy paste kat sini utk tatapan semua ;-)


MENARIK UNTUK LELAKI TAHU... NEVER MAKE WOMEN CRY... :)

Wahai Tuhan, mengapa wanita sering menangis?


Jawabnya:


Kerana wanita itu unik.

Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
Ku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Ku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.


“WANITA itu ISTIMEWA”

Jumaat, 16 September 2011

^birthday him^

 Happy Birthday Cinta ;-)
Dah cukup pun umur mr s aku 27 tahun..
Moga mr s dipjgkn umur..
Moga dimurahkan rezeki..
Aku harap..jodoh kami ditemukan bersama..
Mudah2an mr s tabah dalam menghadapi segala dugaan yang diberikan oleh Allah swt..
Aku sayang dia sgt2 !
Abg .. i will always love u much !


Khamis, 8 September 2011

:: insyaallah...Allah swt akan balas segalanya ::

Assalammualaikum to all my blogger !
Tiba2 terpanggil untuk aku menulis kat blog pagi ni..walaupun sekarang ni aku betul2 sibuk dengan medical check-up student baru..tp aku amek sedikit peluang untuk coret rsa tak puas hati aku pada budak tu...manusia bertopengkan haiwan ! Ya !! mungkin hari ini hari anda ...satu hari walaupun sedikit Allah swt akan balas segala perbuatan anda pada org... manusia yang mcm ni tak layak berada di sisi manusia..tp layak berada di hutan dengan haiwan...manusia yang xtau adat.. tambah2 bulan yang mulia mcm ni.. anda perlakukan org mcm ni... sdgkn org tu langsung xbersalah apa2.  hidup anda pasti akan terbalas...biar la semua tu Allah swt yang tentukn...doa aku..mudah2an mr S tidak akan putus asa dengan sikap manusia yg mcm tu... abg.. i will always with u forever..apa jua yg abg lakukan, b tetap bersama abg smpi mati...i always love u much ! :-)

Ahad, 4 September 2011

^syawal^

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kawan2 :-)
SELAMAT HARI RAYA 
MAAF ZAHIR DAN BATIN ;-)
walaupun raya tahun ni kurang meriah kerana adanya masalah2 yg xdpt dielakkan,,
tp alhamdulillah dpt juga beraya bersama family..
yg sedihnya, Allah swt telah letakkan pelbagai dugaan dan rintangan utk aku dan mr S..
namun..kami hadapinya dengan tabah..
mudah2an ayah mr S dan mak aku cepat sembuh :-)
AMIN..

Khamis, 4 Ogos 2011

~posa~

Bosan ok !
tambah2 bulan posa ni...xlarat gila..
opss ! rasanya xterlambat lg kot aku nk wish utk semua umat islam..
Selamat Menjalankan Ibadah Puasa ;-)

Rabu, 13 Julai 2011

^no title to view^

Apa perlu saya lakukan...
Saya terlalu sedih...
kenapa hidup saya xpenah rasa gembira... :-(

Ahad, 10 Julai 2011

^bolehkah aku nak sedih selalu??^

Aku sangat sedih....
Sebenarnya aku pn xtau nak mulakan entri aku dari mana..
Tapi aku cuma tertanya2...
Jahat sgt ka aku ni???
Kasih sayang aku xpenah ikhlas ka???
Kasih sayang dan cinta aku pada dia sekadar di mulut ka????
Aku ni insan yg terlalu hina ka????
Ya ya ya..
aku mengaku..aku xpandai menjaga hatinya..
tapi dia xpenah nmpk ka keikhlasan aku,,kejujuran aku..dan kesetiaan aku pada dia???
aku jujurnya mengaku..dia sangat baik utk aku..
terlalu byk jasa dan pengorbanan dia untuk aku..
aku tau dia sgt jujur dan setia dgn aku..
aku terlalu byk menyusahkan dia...
apa yg perlu aku lakukan sekarang??


AKU SANGAT CINTA KAN DIA..NAMUN MENGAPA DIA MENYATAKAN YANG SAYANG AKU PADA DIA HANYA DI MULUT????

Setiap manusia pasti ada wat silap kn?? sama jugak seperti aku..
tapi aku pn xtau npa ini berlaku dalam hubungan aku dengannya..
aku dah xtau nk ckp apa..
tp yg aku tau skng..aku sedih sedih sedih..
berikan aku kesabaran..dan aku harap aku mampu lalui segala dugaan dan rintangan yang Allah 
 swt berikan buat aku...

sad again..... 
:'(
:'(
:'(
:'(
:'(
:'(


Tolongggggggggg !!!!!!!!!!!!!!!
aku tension tahap gaban ..
aku tension tahap hyper dah !!!!

Besar kesilapanku besar lagi kesilapanmu
Hampa yang kau rasakan hampa lagi perasaanku
Kau cuba menyatakan aku
Menbuat kesilapan
Yang tak mungkin kau maafkan lagi
Ku tak mungkin kau perlu di sisi

Besar kesalahanku besar lagi keegoanmu
Berkali ku beri alasan berkali-kali kau menolaknya
Kau ingin ku menyatakan
Diri ini bagai lilin
Dan terbakar oleh perbuatanmu

Suasana sepi kini menambahkan bening
Di dalam hatiku
Mengadil silapmu biar di jiwamu aku telah tiada
Di waktu begini diusik kenangan silam
Yang bertandang
Lalu ku biarkan
Ia menabahkan hati ini

Kekasihku cukup engkau buat ku begini
Luka ini usah engkau berdarahkan kembali
Aku masih cinta padamu
Aku masih setia padamu
Kembalilah engkau padaku seperti dahulu

Di dalam rindu ku menangis
Di dalam kalbu ku terasa
Teringatmu di kala derita
Yang memisahkan kita

Di dalam sedu ku berseru
Yang terukir di dalam hatiku
Kekasih bukalah pintu
Untuk sekali ini
Aku cinta kepadamu


Aku cuma ingin lafazkan..
cinta, sayang dan rindu aku pada dia adalah ikhlas..
aku harap dia mengerti..
maafkan aku jika aku bukan yang terbaik untukmu.. 
:-(
"YA ALLAH KAU KUATKANLAH IMAN KAMI..KAU SATUKANLAH KAMI DAN KAU BAHAGIAKANLAH KAMI..
KU MEMOHON PADAMU YA ALLAH...
AMIN.."

Isnin, 4 Julai 2011

^mukmin yang berakhlak mendapat darjat^

Saya terbaca email UUM pagi ni..
so ada satu tazkirah daripada Pusat Islam UUM 
dan ....
membuat saya khusyuk dengan tazkirah tersebut yang amat menarik..
so saya copy kn kat blog saya untuk renungan korg ya !!
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya seseorang mukmin itu dapat mencapai darjat orang yang berpuasa yang mendirikan sembahyang di tengah malam disebabkan akhlaknya yang mulia.”
(Riwayat Abu Daud) 
Huraian 

1.   Allah SWT memberi ganjaran pahala yang amat tinggi kepada orang yang berakhlak mulia, setaraf dengan orang yang berpuasa serta mendirikan sembahyang di tengah malam.
2.   Setiap Muslim hendaklah berusaha mempertingkatkan kualiti akhlaknya agar menjadi baik dan lebih baik sepanjang menjalani kehidupan di dunia ini kerana setiap amalan tidak kira berbentuk kebajikan atau kejahatan akan dihitung dan dihisab di akhirat kelak.
3.   Mukmin yang mempunyai akhlak mulia, bukan sahaja mendapat kemuliaan di dunia, bahkan mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah di akhirat nanti.
 

Ahad, 3 Julai 2011

***The Wisdom of Economy***


Seseorang yang tidak mahu berhemat, terpaksalah hidup melarat. 
Berhemat ialah satu sifat yang elok dipupuk sepanjang masa, bukan sahaja berhemat dari segi wang bahkan perkara-perkara lain seperti masa, bahan, kata-kata dan penggunaan apa sahaja.
Orang yang berhemat sebenarnya menghargai perkara atau benda-benda yang dicermatkan itu. 
Ini kerana tabiat tidak berhemat lambat-laun akan mendatangkan kerugian semata-mata. 
Sikap berhati-hati dalam membelanjakan sesuatu, menunjukkan bahawa seseorang itu bertanggungjawab terhadap bahan-bahan yang digunakan, teliti dan tahu menjaga bahan-bahan atau peralatan agar tahan lama. 
Sekiranya bahan dan alat dapat digunakan dalam jangka waktu yang lama, maka kuranglah perbelanjaan dan wang lebihan itu dapat diperuntukkan bagi keperluan lain.

^xsuko xsuko xsuko bila jadi mcm nih!^

 [ ;-) ]

Today is Sunday !
Sunday is Ahad !
Hahaha...pagi2 wat gila :-p
Actually aku nak entri kan something..
yg wat aku takot dan jugak wat aku gelisah xsangga dah !
xgf ???? huh...xgf mr S datang balik..tp aku xtau yg mna 1..
dia mcej aku,...siap cakap mr  S bkn sah jadi isteri lg..so aku xdak hak !
boleh ka cm tu?? mai2 nak kacau hubungan kami..
gila betoi pompuan lagu nih !
aku rasa..dia sja ja nk kacau hubungan kami..
tapi xpa...xpa..aku boleh sabar lagi....hrp2 mr S xkembali pada dia la kn ?
DAMN !!!!!
lagi 1 entri nih..!
Bellaragazza dot dot dot! kt fb dia nama sedap kemain ! 
ceh...mak pak buh nama lek lok pi tukaq nama...
ada la dia nih..wat aku meluat betoi ah....slalu ja ada di antara aku n mr S !
seyes dari zaman sekolah lagi aku mmg meluat gila dia nih...
tup tup...la nih tunang aku lak dok lyn...adoi adoi..xleh jadi k !!
apa harus aku buat....remove boleh ????????
harap2 xda la pihak ke 3 ka ke 4 ke 5 ka....
aku xsuka !!
aku nak habaq mai...
aku sayang gila kt mr S, 
so..aku harap xdak sapa kacau hubungan kami ..

Isnin, 27 Jun 2011

^^pertandingan menembak^^

Alops !! time keje tapi mcm biasa la kan..
Malas nk wat keje bila jadi mcm ni..
Maksud aku..bila ada masalah di opis nih !
Aku sebagai org bawah selalu kena tempias cm ni..
kdg2 kita xsalah tp bila jd org bawahan kita ditindas :'(
elok aku tutup entri yg membengangkan aku ..then buka entri baru kn ?
 *****
Khamis lepas...23/06/2011 ;-)
UUM mengadakan pertandingan menembak...
so pusat kesihatan uum xketinggalan jugak la...memeriahkan pertandingan tu...
aku la salah sorg yg terlibat..hik3 :-p
xpenah2 pegang senapang..tup tup pi pegang senapang..lebam abis !
tapi memang syok !
ketagih wooo nak lagi !
dapat tembak 16das ! syok gak tuu....
opsss !! gambaq2 senapang xleh publish ok..harap faham :-)
yg aku nk publish kn gambaq aku kt tapak menembak tu...
[ geng2 yg pi menembak ]

Ahad, 26 Jun 2011

^terasa sedih^



Hye !
Rasanya...
bnyk hari dah xketuk2 keyboard ni tulis entry baru kt blog aku kan..
Bukan ape mcm2 masalah la mai....
Kenapa tiada sesiapa yg nak memahami aku??
jahat sgt ka aku ni hingga kdg2 aku diperlakukan seperti ini?
aku jugak manusia biasa yg perlukan kasih sayang dan perhatian daripada org di sisi aku..
terutama sekali aku perlukan perhatian daripada encik tunang dan jugak family aku..
aku terlalu byk masalah dan aku jugak tidak tahu utk aku luahkan kpd sesiapa...
luarannya semua org nmpk aku hepi..ttpi dlm hati siapa yg tahu kn?
mna lgi masalah keja, masalah family, masalah cinta ... argghh !
mna lagi pkir nk kenduri...mcm2 lah !
hidup aku mcm terumbang ambing..
aku harap, aku mampu bersabar dengan segalanya...
berikan aku kesabaran dan ketabahan Ya Allah...

MY PIXTURE !!!!

LAYAN JER LA !!!!